Search This Blog

Friday, June 21, 2013

Gigi Terimpak! Rawatan ditangan Anda !


Gigi bongsu anda bengkak?? Dah lama menanggung derita ?? Kami ada penyelesaiannya....dengan menggunakan teknik pembedahan minor gigi anda akan dapat dicabut....walaupun kelihatan menakutkan, kebanyakan pesakit tidak mengalami kesakitan ketika pembedahan....walaubagaimanapun pesakit akan diterangkan dengan lebih lanjut mengenai prosedur ini.....dapatkan maklumat di klinik terdekat anda....jangan takut, sekiranya anda enggan menjalankan rawatan, anda tidak akan dipaksa! Pilihan ditangan anda....saksikan video diatas untuk maklumat tambahan...gigi sihat, senyuman berseri....

Tuesday, June 11, 2013

Menyelamatkan Gigi Kekal yang tercabut

           
           



Pernahkah anda mengalami situasi dimana rakan atau saudara anda tercabut gigi kekal ketika bersukan? Kemalangan? Apakah yang telah anda lakukan? Tahukah anda gigi tersebut boleh diselamatkan? Mari kita sama-sama saksikan klip video diatas untuk mendapatkan jawapannya...jadilah seorang rakan / saudara yang dapat membantu orang lain....

Tuesday, June 4, 2013

Buletin Jauhar 2012 Online !!!!

                         

Inilah buletin Jauhar 2012 yang telah diedarkan kepada semua daerah. Daerah Pontian telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai proses editing pada tahun ini.....terima kasih kepada semua kakitangan yang telah bertungkus lumus menyiapkan buletin ini.....diharap daerah seterusnya dapat menjadikan Jauhar lebih baik dari tahun ke tahun

Budaya Korporat Amalan Kami

Jabatan kesihatan negeri Johor sentiasa menjalankan audit Budaya Korporat setiap tahun, salah satu kriteria yang perlu dipenuhi adalah Nyanyian Negaraku, Bangsa Johor, Sihat Sejahtera dan Kami sedia membantu....Jadi bagi memudahkan semua pihak disini kami "link"kan lagu-lagu tersebut...


Dan akhir sekali, kami akan berikrar budaya korporat seperti dibawah, semoga warga KKM dapat memupuk budaya kerja yang penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan......

IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM
Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:
  • Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;
  • Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
  • Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;
  • Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta
  • Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.
09-03-2010

Tuesday, May 28, 2013

Mesyuarat Jom Jaga Gigi dan Kesihatan Kembara Pulau 2013

Alhamdulillah, mesyuarat kali kedua bagi kembara pulau 2013 telah dijalankan dengan lancar. Majlis yang dipengerusikan oleh Dr Hjh Kamariah bt Ibrahim (Timbalan Pengarah JKNJ(G)) mencapai kata seputus untuk menjalankan aktiviti tersebut pada 25 hingga 27 Jun 2013 ini.

Lawatan ke tapak program akan dijalankan pada 13 Jun ini bagi melancarkan urusan perasmian dan rawatan. Diharap semua pihak dapat terus memberi kerjasama bagi menjayakan program kita pada kali ini.


Thursday, May 23, 2013

Fasa 1 Bengkel Media Sosial


Selesai sudah Fasa 1 bagi media sosial...terima kasih kepada pihak penganjur, penceramah dan peserta...jangan lupa kerja rumah "youtube" masing-masing....semoga bertemu lagi di fasa seterusnya.

Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Dr N. Jegarajan, Pengarah Perkembangan Kesihatan Pergigian  kerana sudi meluangkan masa bertemu para peserta...